PNC - Official Portal

PEJABAT NAIB CANSELOR

FUNGSI JABATAN

Pejabat Naib Canselor merupakan nadi penggerak kepada sesebuah universiti. Justeru, fungsi-fungsi utama Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang adalah : 

  1. Menguruskan hal-hal yang berhubung kait dengan dasar yang boleh dijadikan contoh oleh Pusat Tanggungjawab yang lain.
  2. Menjalankan urusan-urusan berkaitan pengurusan acara dan protokol untuk semua majlis-majlis rasmi universiti terutama yang melibatkan kehadiran Naib Canselor dan tetamu-tetamu kehormat dari luar.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam, perhubungan media dan promosi dalam menaikkan nama dan imej universiti.
  4. Menguruskan hal-hal berkaitan fotografi, videografi dan dokumentasi yang membabitkan penyimpanan dan arkib untuk foto dan video berkaitan majlis serta pembangunan semasa UMP.
  5. Bertanggungjawab untuk menghasilkan bahan-bahan penerbitan dan grafik dalam meningkatkan imej dan nama UMP.