PNC - Official Portal

PEJABAT NAIB CANSELOR

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Naib Canselor

Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat universiti terus bergerak maju ke hadapan. Segala penat lelah selama ini memberikan pulangan yang lumayan apabila UMP bergerak seiring dengan agenda transformasi UMP.

Pejabat Naib Canselor (PNC) adalah cermin yang memberikan gambaran umum terhadap UMP. Berwibawa dan berbudaya cemerlang. Itulah jenama dan tanda mutu warga PNC dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab kami sebagai penjawat awam di UMP. Bagi mencapai tujuan tersebut, menjadi tekad warga PNC bagi menampilkan kualiti diri dan budaya kerja terpuji dan boleh diteladani dengan asas nilai, berfokuskan strategi dan berpandukan prestasi.

Oleh itu, warga PNC bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh UMP. Kombinasi Unit Pentadbiran & Dasar, Unit Acara & Promosi, Unit Perhubungan Awam, Unit Grafik & Teknologi Media dan Unit Penerbitan adalah teras utama yang mengupayakan PNC bagi menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang cemerlang.

Pintu PNC sentiasa terbuka bagi membantu anda. Semoga segala informasi dan maklumat dalam portal ini dapat membantu dan menjadi rujukan berguna. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan.

Salam Hormat,

sign nc

YH Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim
Naib Canselor