PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Penafian

Ketika maklumat yang terkandung di dalam ini adalah benar pada tarikh pengumuman, pihak Universiti Malaysia Pahang berhak untuk mengubah prosedur, yuran dan peraturan mengikut keperluan semasa.

Pengumuman maklumat terperinci tentang kursus yang dibuat dalam sistem ini bukan menjadi kewajipan bagi pihak Universiti Malaysia Pahang dalam apa cara sekalipun untuk mendidik dalam tempoh tahun yang diberi atau dalam mana-mana cara yang dinyatakan. Pihak Universiti Malaysia Pahang berhak untuk menamatkan atau mengubah kursus yang dinyatakan pada bila- bila masa tanpa sebarang notis.

Pelajar dan mereka yang berminat perlu sentiasa menyemak dengan pegawai fakulti yang berkenaan sebelum membuat permohonan atau membuat perancangan kursus. Pelajar antarabangsa juga perlu sentiasa menyemak dasar, yuran dan prosedur yang relevan dengan Universiti Malaysia Pahang.

Keselamatan Maklumat

Laman Universiti mempunyai penilaian keselamatan untuk menangani kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahsuaian maklumat seperti yang dinyatakan dalam Dasar Sekuriti IT Universiti.

Nama login dan kata laluan diperlukan untuk memasuki kawasan secure. Sebelum maklumat peribadi (seperti keputusan peperiksaan) dipaparkan di laman web, pengunjung dikehendaki memasukkan nombor pelajar atau staf. Ini untuk memastikan maklumat yang dipaparkan hanya dikhususkan untuk pengguna tertentu. Sila pastikan kata laluan anda disimpan dengan selamat dan tidak dapat diketahui oleh pihak lain.

Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi yang anda beri secara atas talian akan digunakan oleh staf Universiti dalam mengendalikan urusan Universiti. Penggunaan tersebut merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran pelajar, penyediaan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada kakitangan, pelajar prospek dan semasa, dan graduan. Pihak Universiti juga boleh menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dengan server dan pentadbir sesuatu tapak web. Alamat IP anda juga adakalanya digunakan untuk setkan sesi individu bagi menyediakan login keselamatan.

Penyebaran Maklumat Peribadi

Pihak Universiti tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar Universiti. Walau bagaimanapun, alamat e-mail staf boleh didapati mengikut Dasar Capaian Luar Maklumat Kakitangan untuk Dihubungi Universiti Malaysia Pahang.

Borang Pendaftaran

Jika maklumat peribadi diperoleh melalui laman web dan pautan, segala usaha untuk memastikan operasi yang berjalan dilakukan dengan selamat sepenuhnya.

Pelajar dikehendaki untuk mendaftar secara individu berbanding memberikan maklumat peribadi kepada pihak Universiti melalui laman web.

Bagi sesetengah aplikasi, borang pendaftaran memerlukan pengguna untuk memberikan maklumat untuk dihubungi (seperti nama dan alamat e-mail) dan pengenalan diri (seperti pengenalan login dan nombor pelajar).