PNC - Official Portal

PEJABAT NAIB CANSELOR

UMP Terima Dua Rusa untuk Pelancongan Pendidikan

 

                      

Pekan, 31 Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima dua ekor Rusa Bintik atau dikenali dengan nama saintifik Axis-Axis dalam menggerakkan usaha menjadikan universiti ini sebagai pusat pelancongan pendidikan (Edu-Tour) sekaligus meningkatkan daya tarikan pengunjung ke kawasan Kuala Pahang.
Dalam acara yang berlangsung di Mini Deer Park UMP Pekan, Naib Canselor  UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menerima sepasang rusa Axis-Axis daripada Pengarah Urusan Medal Lions Creative, Muhammad Anas Aziz yang merupakan perunding yang dilantik Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 
Menurut Anas, projek ini merupakan salah satu daripada 30 komponen Strategi Pemantapan Serambi-Bandar Pekan-Kuala Pahang.
“Inisiatif ini merupakan kerjasama di antara ECER, UMP dan pihaknya bagi membantu meningkatkan daya tarikan pengunjung ke kawasan Kuala Pahang selari dengan pembangunan Medan Ikan Bakar (MIB) yang terletak di kawasan Kuala Pahang,” katanya.
Tambahnya lagi, objektif utama program ini iaitu menjadikan UMP sebagai salah satu tarikan edu-tour kepada pengunjung seterusnya menjadikannya sebagai satu jenama yang turut membantu peningkatan mutu bagi promosi Medan Ikan Bakar  dan Bandar Pekan.
Dalam pada itu, Dato’ Dr. Daing Nasir menghargai sumbangan ECER dan pihak Medal Lions Creative dengan pemberian ini selaras dengan usaha UMP dalam inisiatif penghijauan kampus dan cintakan alam sekitar di bawah Inisiatif UMP Green.
Selain itu juga, menerusi program  ini dapat mewujudkan peluang penjanaan pendapatan bagi universiti pada masa akan datang. Beliau mengharapkan kehadiran rusa ini akan menjadikan salah satu tarikan kepada pengunjung ke Kuala Pahang khasnya UMP.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar  & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Penolong Naib Canselor (Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti), Prof. Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.
Kedua-dua rusa ini dikenali dengan nama Pekan dan Chini berdasarkan nama daerah yang terdapat di negeri Pahang, apatah lagi lokasinya berada di Pekan. Rusa Bintik atau dikenali dengan nama saintifik Axis-Axis mempunyai jangka hayat diantara 15-16 tahun. Diet bagi rusa ini iaitu rumput tumbuhan herba dan dedaun. Ciri-ciri fizikal bagi rusa dewasa bagi rusa jantan boleh mencecah di antara 65-85kg manakala bagi rusa betina dewasa pula mempunyai berat 45-55 kilogram.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC. 

Pekan, 31 Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima dua ekor Rusa Bintik atau dikenali dengan nama saintifik Axis-Axis dalam menggerakkan usaha menjadikan universiti ini sebagai pusat pelancongan pendidikan (Edu-Tour) sekaligus meningkatkan daya tarikan pengunjung ke kawasan Kuala Pahang.  Dalam acara yang berlangsung di Mini Deer Park UMP Pekan, Naib Canselor  UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menerima sepasang rusa Axis-Axis daripada Pengarah Urusan Medal Lions Creative, Muhammad Anas Aziz yang merupakan perunding yang dilantik Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Menurut Anas, projek ini merupakan salah satu daripada 30 komponen Strategi Pemantapan Serambi-Bandar Pekan-Kuala Pahang.  “Inisiatif ini merupakan kerjasama di antara ECER, UMP dan pihaknya bagi membantu meningkatkan daya tarikan pengunjung ke kawasan Kuala Pahang selari dengan pembangunan Medan Ikan Bakar (MIB) yang terletak di kawasan Kuala Pahang,” katanya.

Tambahnya lagi, objektif utama program ini iaitu menjadikan UMP sebagai salah satu tarikan edu-tour kepada pengunjung seterusnya menjadikannya sebagai satu jenama yang turut membantu peningkatan mutu bagi promosi Medan Ikan Bakar (MIB) dan bandar Pekan.

Dalam pada itu, Dato’ Dr. Daing Nasir menghargai sumbangan ECER dan pihak Medal Lions Creative dengan pemberian ini selaras dengan usaha UMP dalam inisiatif penghijauan kampus dan cintakan alam sekitar di bawah Inisiatif UMP Green. Selain itu juga, menerusi program  ini dapat mewujudkan peluang penjanaan pendapatan bagi universiti pada masa akan datang. Beliau mengharapkan kehadiran rusa ini akan menjadikan salah satu tarikan kepada pengunjung ke Kuala Pahang khasnya UMP.

                    

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar  & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Penolong Naib Canselor (Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti), Prof. Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.

Kedua-dua rusa ini dikenali dengan nama Pekan dan Chini berdasarkan nama daerah yang terdapat di negeri Pahang, apatah lagi lokasinya berada di Pekan. Rusa Bintik atau dikenali dengan nama saintifik Axis-Axis mempunyai jangka hayat diantara 15-16 tahun. Diet bagi rusa ini iaitu rumput tumbuhan herba dan dedaun. Ciri-ciri fizikal bagi rusa dewasa (jantan) boleh mencecah di antara 65-85kg manakala bagi rusa betina dewasa pula mempunyai berat 45-55 kilogram.