PNC - Official Portal

PEJABAT NAIB CANSELOR

Latihan Kebakaran Cegah Bencana

16 Ogos, Pekan – Latihan kebakaran yang diadakan baru-baru ini dalam kalangan staf universiti mampu meningkatkan kesedaran sebagai persediaan menghadapi bencana itu.

Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO), Hairynizam Muhamad Taib berkata, menerusi latihan kebakaran penerangan terperinci dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menghadapi bencana itu dikongsi kepada umum.

“Melalui latihan, taklimat keselamatan dapat diberikan sekaligus dapat difahami kakitangan. Selain itu, staf sendiri dapat mempraktikkan cara untuk menyelamatkan diri ketika berdepan dengan situasi kebakaran dan mengambil tindakan menyelamatkan diri,” katanya ketika sesi latihan kebakaran dijalankan di Dataran Bangunan Canseleri Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan.

Latihan itu dihadiri seramai 100 warga kerja UMP Pekan yang terdiri daripada pelbagai jabatan bermula jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Sementara itu, menurut Koorditor Kecemasan, Sabarehan Haji Ismail, latihan ini berjalan lancar mengikut masa yang ditetapkan dan seramai 10 orang jawantankuasa kebakaran daripada Jabatan Pendaftar terlibat dalam sesi latihan ini.

 Sementara itu, staf Pejabat Naib Canselor, Hartini Hatta berkata, latihan seperti ini adalah aktiviti yang memberi banyak manfaat kepada staf. Pendedahan mengenai cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran sangat berguna kerana ada segelintir rakan sekerja yang masih tidak tahu di mana lokasi berkumpul jika berlaku sebarang kecemasan.

 Malahan menerusi latihan yang pertama kali diadakan itu, kakitangan UMP diberi pendedahan mengenai cara untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.

 

Berita disediakan oleh Siti Sarah Mohamad Rajimi dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.